Panduan Membina Manuskrip Karya Asli
Penerbit UTM ditubuhkan dengan matlamat menyediakan kemudahan ke arah
membantu dan menggiatkan staf akademik menghasilkan karya asli atau
terjemahan bagi kegunaan para pelajar di samping menyediakan bahan
bacaan umum kepada masyarakat seluruhnya.
Bagi memastikan proses penerbitan dapat ditangani secara lancar,
penulis atau bakal penulis dinasihatkan supaya menjadikan garis panduan
ini sebagai bahan rujukan sepanjang mengusahakan kerja-kerja penulisan
atau penyediaan manuskrip (disebut juga taip skrip).
1. PERMOHONAN MENULIS
Penulis yang berminat untuk menghasilkan penulisan karya asli disarankan
supaya mengajukan permohonan kepada Penerbit UTM dengan mengemukakan
judul yang dicadangkan, senarai kandungan dan jadual perancangan
penulisan. Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan Penerbit UTM
membuat pemantauan dan mengelakkan berlaku pertindihan dengan judul
lain yang ada dalam perancangan.
2. PEMBINAAN MANUSKRIP
- Penulis dikehendaki menyerahkan: DUA (2) salinan manuskrip bercetak dan SATU disket yang mengandungi maklumat manuskrip berkenaan.
- Penulis digalak menggunakan perisian Word 6.0 (versi terkini) dengan komputer Macintosh atau IBM PC atau komputer yang serasi dengannya. Disket yang digunakan hendaklah berukuran 3.5".
- Manuskrip hendaklah ditaip dengan kemas, bersih dan selaras dengan menggunakan kertas yang berukuran/bersaiz A4, langkau dua (2) baris dengan sebelah halaman bercetak sahaja.
- Penulis hendaklah memastikan supaya setiap halaman teks mempunyai
jidar/birai yang piawai iaitu berukuran dari kiri 32 mm (1.25"),
kanan 32 mm (1.25"), atas 25 mm (1.0") dan bawah 32 mm (1.25").
- Sebuah manuskrip ditakrifkan sebagai lengkap apabila ia memenuhi
syarat untuk dijadikan sebuah buku. Pada umumnya, sebuah buku
mengandungi tiga bahagian utama yang terdiri daripada Bahagian
Awalan, Bahagian Teks dan Bahagian Akhiran. Oleh itu, seseorang
Penulis hendaklah memastikan manuskrip yang disediakan mengandungi
ketiga-tiga bahagian berkenaan.
- Bahagian Awalan (Prelim) seperti judul buku, halaman dedikasi, kandungan, senarai ilustrasi, senarai jadual, senarai penulis/penyumbang, halaman epigraf, halaman kronologi, halaman prakata, halaman pendahuluan/pengenalan, halaman penghargaan, halaman singkatan simbol. Bagi setiap halaman ini hendaklah dicatatkan/dinomborkan bilangan muka surat (folio) dengan
menggunakan angka Roman kecil seperti i, ii, iii, iv, v, vi
dan seterusnya.
- Bahagian Teks merupakan bahan yang terletak di antara bahagian awalan dan bahagian akhiran yang terdiri daripada sama ada bahagian, bab dan sub-bab. Halaman teks hendaklah diberi bilangan muka surat (folio) menggunakan angka Arab seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya.
- Bahagian Akhiran merupakan bahan yang menjadi rujukan kepada pembaca untuk memahami teks dengan lebih mendalam (mengikut turutan seperti yang dicatatkan di bawah):
- Biografi penulis (jika ada).
- Lampiran (jika ada).
- Nota (jika ada).
- Senarai istilah (jika ada).
- Glosari (jika ada).
- Bibliografi (jika ada).
- Indeks (perlu disediakan).
- Penulis digalakkan mengikut dan menerima pakai Gaya Dewan dalam
penyediaan manuskrip seperti penggunaan huruf besar, huruf condong,
tanda bacaan, sistem penomboran akronim, ejaan dan tatabahasa.
- Penulis manuskrip sains dan kejuruteraan perlu memberi perhatian
yang mendalam dan serius kepada aspek keseragaman dalam penggunaan
istilah, unit ukuran, dimensi, simbol, rumus matematik, tanda-tanda
teknikal dan lain-lain. Penggunaan aspek di atas hendaklah menurut
piawaian Gaya Dewan.
- Reka letak teks sebaik-baiknya hendaklah diberikan perhatian di peringkat mula penyediaan manuskrip menurut peringkat-peringkat di bawah:
- TAJUK BAB boleh dibuat dalam huruf besar, atau huruf besar dan huruf kecil, dan boleh diletak sama ada di tengah-tengah, santak
ke kiri atau ke kanan menggunakan saiz taip yang sesuai.
- Pecahan tajuk kepada subtajuk boleh dibuat tetapi pecahan lebih
daripada LIMA (5) lapis subtajuk tidak digalakkan. Pecahan subtajuk
boleh dibuat dengan menggunakan huruf tertentu mengikut paduan
status pecahan.
Misalnya:
- Subtajuk Pertama
terdiri daripada huruf besar bold;
- Subtajuk Kedua
terdiri daripada huruf besar, huruf kecil, bold dan italik;
- Subtajuk Ketiga
terdiri daripada huruf besar, huruf kecil, bold dan italik;
- Subtajuk Keempat
terdiri daripada huruf besar, huruf kecil dan medium;
- Subtajuk Kelima
terdiri daripada huruf besar, huruf kecil dan italik
3. PENYERAHAN MANUSKRIP
- Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UTM hendaklah
terdiri daripada keseluruhan bahan dalam bentuk salinan
asal yang bercetak.
- Manuskrip hendaklah diserahkan dalam bentuk rata, iaitu
tidak berlipat atau bergulung atau lain-lain cara yang
boleh menjejaskan proses penilaian oleh Penilai dan
dimasukkan ke dalam sampul surat dengan pengikat lembar
yang kuat. Penjilidan yang sesuai akan dibuat oleh
Pejabat Penerbit.
- Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UTM hendaklah
merupakan cetusan pemikiran terakhir sesuatu penulisan
oleh penulis dan BUKANNYA suatu draf yang akan dipinda
kemudiannya.
- Semua ilustrasi seperti fotografi, gambar rajah, carta,
graf, peta dan lukisan hendaklah diserahkan dalam warna
hitam putih (kecuali dalam kes-kes tertentu) dan boleh
dikemukakan secara berasingan daripada teks atau meletakkan
terus di dalam teks. Sekiranya ilustrasi berkenaan
disediakan secara berasingan, dinasihatkan supaya
setiap ilustrasi berkenaan diberikan tajuk dan nombor
di bahagian belakang. Tajuk dan nombor yang dicatatkan
hendaklah sama dengan yang tercatat di dalam ruangnya
yang terdapat di dalam halaman teks.
- Manuskrip yang diserahkan dengan menggunakan tulisan
tangan TIDAK akan diterima.
4. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh diajukan terus kepada:
-
Pengarah
Penerbit UTM Press
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Johor, Malaysia.
Telefon: +(6)0755 35747
Faksimili: +(6)0755 35759
Emel: pengarahpenerbit@utm.my
|
 |
| » Waktu Solat |
|
10 Februari 2012M /
|
|
17 Rabiul Awal 1433H
|
|
Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing |
| Subuh |
Zuhur |
Asar |
Maghrib |
Isyak |
| 05:59 |
13:21 |
16:40 |
19:22 |
20:33 |
|
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam
|
| Subuh |
Zuhur |
Asar |
Maghrib |
Isyak |
| 06:09 |
13:29 |
16:49 |
19:28 |
20:39 |
|
|
|
|
|
 |