Home | BM | Kenali Kami | Panduan Penulisan | Pemasaran | Diari | Pesanan Buku | Anugerah | Ahli MAPIM | UTM | Mel | Portal | DM
» Produk [+] [–]
Direktori Produk
ESP Malaysia
Ensiklopedia Sains & Teknologi
Journal AMST
Judul dalam proses penerbitan
Jurnal Teknologi
Katalog Buku
Katalog Monograf
Syarahan Perdana Profesor
» Senarai Buku Mengikut Bidang [+] [–]
Alam Bina
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik
Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli
Kemanusiaan
Kejuruteraan Mekanikal
Pengajian Islam
Sains
Sains Komputer & Sistem Maklumat
Umum
Pendidikan
Kejuruteraan & Sains Geoinformasi
» Info Terkini [+] [–]
Anugerah Penerbitan 2008
Arkib Gambar dan Video
Bengkel / Kursus
Editore
Info Terkini Konvo
Keratan Akhbar
Maklum balas ANDA
Soalan Lazim
Buku


Qty.
Kerjaya bidang Seni Bina
Pengarang: Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Fawazul Khair Ibrahim, Md. Rajeh Salleh, Norliza Mohd Isa
  • 2008
  • ISBN 978-983-52-0475-3
  • 126 muka surat
  • RM 25.00
  • Bidang Alam Bina
SINOPSIS

Seni Bina merupakan suatu bidang yang merangkumi ilmu tentang Sains, Sejarah, Geografi, Budaya, Ekonomi, Seni dan Pengurusan. Ramai yang berpendapat bahawa kerjaya ini ada kaitan dengan seni sahaja, namun hakikatnya bidang Seni Bina ini merentas pelbagai bidang yang memerlukan pemahaman tentang ketamadunan manusia dan interaksinya dengan alam. Kerjaya Arkitek adalah kerjaya yang mencabar, bagaimanapun, di sebalik cabaran itu bidang ini mampu memberi kepuasan dari aspek pengurusan kepelbagaian ilmu berkaitan manusia. Buku ini memberi pengenalan ringkas tentang bidang Seni Bina dan kerjaya yang berkaitan dengannya. Buku ini sesuai dibaca oleh para ibu bapa, dan guru kaunseling, untuk memberi panduan kepada pelajar dalam memilih kerjaya. Di samping itu, buku ini boleh digunakan oleh para pelajar peringkat sekolah menengah supaya inspirasi kerjaya dapat mekar awal dalam pendidikan sekolah. Malah, pelajar institusi pengajian tinggi yang berada pada tahun pertama bidang Seni Bina dapat memanfaatkan buku ini dalam memberi gambaran keseluruhan tentang kerjaya.

BIODATA
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Profesor di Jabatan Seni Bina Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Beliau dilahirkan di Kepala Batas, Seberang Perai pada tahun 1962 dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St’ Mark Butterworth dan Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan Hua Lian, Taiping. Beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains bagi Pengajian Seni Bina serta Sarjana Seni Bina dari University of Wisconsin, Milwaukee pada tahun 1984 dan 1986. Beliau mula berkhidmat di UTM pada tahun 1987 dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari University of Edinburgh, Scotland pada tahun 1996. Beliau ialah Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu atau KALAM.
Fawazul Khair Ibrahim ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Komunikasi Visual) dari Universiti Teknologi MARA (1982), MFA (Master in Fine Art) Komunikasi Visual dari Art Institute, Chicago (1988). Bidang kepakaran beliau ialah Ukiran Tradisional, Warisan, Hulu Keris Tadisional, Komunikasi dan Grafik, Seni Bina Tradisional, Audio Visual, Tradisional Landskap dan Hiasan Dalaman. Selain itu, beliau juga terlibat dalam beberapa pameran seni catan dan arca yang diadakan di sekitar Johor. Beliau juga aktif melaksanakan penyelidikan dan pembentangan kertas kerja berkaitan seni bina dan warisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Md. Rajeh Salleh ialah Pensyarah di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Beliau dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 Disember 1953 dan menerima pendidikan awal di Sekolah King Edward VII Taiping. Berkelulusan Diploma Seni Bina dari ITM Shah Alam, B.Sc. (Hons.) Architecture dan Advanced Diploma in Architecture dari Robert Gordon University di Aberdeen Scotland dan Masters in Architectural (Environmental Studies) dari University Queensland, Brisbane Australia. Beliau mula berkhidmat di UTM pada Januari 1984.
Norliza Mohd Isa ialah Tutor di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Beliau berkelulusan Diploma (2004) dan Ijazah (2007) dalam bidang Seni Bina dari UTM. Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UTM.

KANDUNGAN

Prakata
Pengenalan

BAB 1 ARKITEK DAN SENI BINA
Pengenalan
Binaan dan Manusia
Seni Bina
Perbandingan antara Arkitek dengan Jurutera
Faktor yang Mempengaruhi Reka Bentuk
Pelanggan
Teknologi Binaan
Kebudayaan Pengguna
Tekanan Kerjaya

BAB 2 KURIKULUM SENI BINA
Pengenalan
Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Arkitek
Mata Pelajaran Teras Seni Bina
Studio Reka Bentuk
Mata Pelajaran Kemanusiaan
Mata Pelajaran Teknologi
Mata Pelajaran Kemahiran
Mata Pelajaran Profesional
Mata Pelajaran Alam Bina
Rangka Kurikulum Seni Bina
Jangka Masa Kursus
Contoh Kurikulum Seni Bina di Jabatan Seni Bina UTM dengan Sistem Workbase

BAB 3 KAITAN ANTARA MATA PELAJARAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DENGAN ILMU SENI BINA
Pengenalan
Tahap Ilmu Matematik dan Sains
Ilmu Matematik
Ilmu Sains
Tahap Kumpulan Mata Pelajaran Kemanusiaan (Sejarah dan Geografi)
Tahap Kumpulan Mata Pelajaran Teknologi
Tahap Pendidikan Seni
Tahap Mata Pelajaran Lain

BAB 4 KERJAYA ARKITEK
Pengenalan
Sejarah Ringkas Perkembangan Kerjaya Arkitek di Malaysia
Badan Profesional Seni Bina
Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
Skop Tugas Arkitek
Pengurusan Firma Arkitek
Imbuhan Kerjaya dalam Seni Bina
Tanggungjawab Kepada Masyarakat

BAB 5 KERJAYA BIDANG PENDIDIKAN DAN PENGKAJIAN
Pengenalan
Keperluan Akademik
Ruang Lingkup Tanggungjawab Pensyarah
Imbuhan Kerjaya
Potensi Perkhidmatan dan Sumber Kewangan

BAB 6 INDUSTRI REKA BENTUK DAN VISUALISASI
Pengenalan
Penghasilan Model dan Lukisan
Seni Grafik Berkomputer
Grafik Pengiklanan
Penerbitan dan Atur Huruf
Reka Bentuk Perabot dan Kabinet (Reka Bentuk Perusahaan)

BAB 7 KESIMPULAN

Rujukan
Indeks
[print] print


Buku Berkaitan


Seni Bina: Sejarah, Teori dan Kritikan oleh Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi
Penenderan dan Penganggaran Binaan [Tidak diulang cetak] oleh Abdul Hakim Mohammed

» How to buy

Order Form For Customer Outside Malaysia

Order Form or by Shoping Cart Method for Local Customer.

» Pesanan Belian
Kuantiti : 0
Jumlah : RM0.00
Lihat Isi
Kosongkan Troli
Log Keluar
» Waktu Solat
10 Februari 2010M /
25 Safar 1431H
Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing
Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
05:59 13:21 16:40 19:22 20:33
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam
Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
06:09 13:29 16:49 19:28 20:39
Sumber: Al-Azim.com
© 2009 Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press.