Jurnal Teknologi

Jurnal Teknologi

Sekilas Pandang

E–ISSN 2180–3722 / ISSN 0127–9696

Jurnal ini mula diterbitkan pada bulan April 1977 dengan nama Teknologi. Penerbitannya mula dikendalikan secara serius dan berkala oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia sejak tahun 1992 dengan nama Jurnal Teknologi.

Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengetengahkan hasil tulisan staf akademik UTM dalam pelbagai bidang. Jurnal ini juga menjadi salah satu saluran untuk staf akademik menyebarluaskan hasil penyelidikan mereka kepada khalayak pembaca.

Mulai keluaran 30 (Jun 1999), penerbitan Jurnal Teknologi dirombak dan dipecahkan mengikut bidang dalam enam siri yang terbit dua kali setahun (Jun & Disember). Keenam-enam siri ini dikelompokkan mengikut sub-bidang yang khusus.

Pada tahun 2010, enam siri Jurnal Teknologi telah digabungkan menjadi dua siri, iaitu Jurnal Teknologi (Kejuruteraan) dan Jurnal Teknologi (Sains Sosial). Penerbitan secara online dengan kadar kekerapan tiga kali setahun (Januari, Mei dan September).

Jurnal Teknologi (Sains & Kejuruteraan) mencakupi bidang berikut:

• Pembuatan, Bahan Termaju, Tenaga & Pengangkutan;
Pembinaan, Reka Bentuk & Perancangan;
Sains & Matematik;
Elektronik, Kawalan, Telekomunikasi & Teknologi Maklumat; dan
Alam Sekitar & Teknologi Proses;

NEW
JURNAL TEKNOLOGI (SCIENCES & ENGINEERING)
SIDANG EDITOR JURNAL TEKNOLOGI EDISI KHAS
DEVELOPMENT IN OIL AND GAS TECHNOLOGY TOWARDS ENERGY SUSTAINABILITY
NO. 56 (Sains & Kej.) Keluaran Khas (1), Dis. 2011

CHIEF EDITOR

Assoc. Professor Engr. Dr. Rahmat Mohsin

EDITOR

Professor Dr. Mohd. Zamri Yusoff
Professor Dr. Nor Aishah Saidina Amin
Assoc. Professor Dr. Khairul Sozana Nor Kamaruddin
Assoc. Professor Dr. Azeman Mustafa
Assoc. Professor Dr. Radzuan Junin
Assoc. Professor Issham Ismail
Dr. Mohd. Zaidi Jaafar
Dr. Rafiziana Md Kasmani

Manakala Jurnal Teknologi (Sains Sosial) pula mencakupi bidang berikut:

• Pengurusan, Pendidikan & Sains Sosial

Jurnal Teknologi menerima artikel daripada bidang-bidang yang disebut di atas dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Fokus artikel mestilah selaras dengan aspek berikut:

  • Penemuan, kaedah atau amalan inovatif
  • Tinjauan kritis terhadap sesuatu perkara
  • Hasil kerja penyelidikan terkini
  • Penilaian kritis penemuan terbaru

» Aktiviti Penerbit

Anugerah Buku Negara 2012

» Waktu Solat
9 Februari 2012M /
16 Rabiul Awal 1433H
Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing
Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
05:58 13:21 16:41 19:22 20:33
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam
Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
06:08 13:29 16:49 19:28 20:39
Sumber: Al-Azim.com


Tarikh akhir kemaskini Jurnal Teknologi : Jumaat 30-12-2011 12:29:13