 |
 |
| Konvokesyen ke42 Sesi 1 28 Mac 2009 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1429 H |
|
Majlis Konvokesyen UTM Ke42 Lahir 1,673 Graduan
Seramai 1,673 graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima ijazah dan diploma masingmasing sempena Majlis Konvokesyen UTM ke42 yang berlangsung pada 28 dan 29 Mac 2009.
Daripada jumlah tersebut, seramai 43 orang adalah penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), 438 Sarjana, 202 Diploma Lepas Ijazah, 817 Sarjana Muda, dan 173 orang Diploma.
Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 50 graduan Sarjana Muda berjaya memperolehi Kepujian Kelas Pertama, dan enam graduan Diploma berjaya menerima Kelas Pertama.
Di samping itu, seramai 97 graduan antarabangsa dari 15 buah negara juga menerima ijazah masingmasing dengan 16 merupakan graduan Doktor Falsafah, 79 Sarjana, dan dua Sarjana Muda.
Bagi penerima Anugerah/Hadiah Akademik Sesi 2008/2009, Anugerah Canselor buat julung kalinya disampaikan kepada graduan Doktor Falsafah (Ph.D) masingmasing dari Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Manakala Anugerah Naib Canselor diraih oleh tujuh orang graduan Sarjana Muda, masingmasing dari Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, dan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat.
DYMM Baginda Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad, Sultanah Johor selaku Canselor UTM berkenan berangkat untuk menyampaikan ijazah kepada graduan pada sesi pertama, iaitu pada 28 Mac 2009.
Manakala Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, ProCanselor UTM berkenan menyampaikan ijazah kepada graduan pada sesi kedua iaitu pada 29 Mac 2009.
Seterusnya pada sesi ketiga hari yang sama, penyampaian ijazah akan dilakukan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub, ProCanselor UTM.
|
|
Budaya Melayu Johor mewarnai tema Konvokesyen Ke42
Konvokesyen ke42 kali ini bertemakan Melayu Johor. Ianya adalah sesuatu yang unik untuk diperkatakan. Selaku Pengarah di Unit Kebudayaan, Prof Madya Mohd Zahib Hj Deraman telah diberi kepercayaan untuk merealisasikan majlis ini dengan penuh adat Johor. Majlis seperti ini adalah manifestasi penghargaan universiti kepada graduan kerana telah memilih Universiti Teknologi Malaysia sebagai tempat mereka menimba ilmu.
Pelbagai pembaharuan dijanjikan bagi disajikan sepanjang majlis konvokesyen pada kali ini. Citra kebudayaan dan kesenian Johor dizahirkan melalui busana, sambutan perarakan, muzik iringan, jamuan dan hiasan pentas. Tema yang cuba diketengahkan ialah untuk menggambarkan negeri Johor sebagai pusat kecemerlangan ilmu, kebudayaan dan kesenian yang terkenal di Malaysia. Begitu juga dengan memperlihatkan Universiti Teknologi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang terkenal di Malaysia.
Busana Johor menzahirkan keindahan melalui gaya pemakaian yang teratur, beretika, bersopan santun dan anggun menawan. Sebagai persiapan awal, setiap kakitangan yang bertugas telah diberi sepasang persalinan untuk dipakai sepanjang majlis berlangsung. Petugas perempuan berbaju kurung Johor atau Kebaya Labuh dan petugas lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga beserta songkok tinggi yang tentunya menampilkan imej Melayu Johor.
Tiupan tetuang iaitu tanduk kerbau akan menandakan keberangkatan tiba Canselor UTM. Perarakan masuk ke dalam dewan akan dimulakan dengan barisan Artis Budaya yang berpakaian tradisi Melayu Johor membawa payung bertingkat dan sireh junjung serta diiringi oleh paluan jidur, kompang, gamelan dan angklung yang sinonim dengan Negeri Johor. Perjalanan majlis ini rasa tak lengkap tanpa alunan muzik. Justeru, alunan muzik irama Ghazal dan Keroncong diperdengarkan sepanjang majlis berlangsung. Turut memeriahkan majlis, diwarnai dengan telatah pengacara yang akan sentiasa berpantun sebagai menunjukkan warisan Johor yang tidak pernah lekang dek zaman. Sewaktu majlis berehat seketika, akan dipersembahkan dengan lagu Johor iaitu Zapin Teluk Belanga.
Akhirnya, tetamu akan dimeriahkan dengan jatuhan belon-belon dan buihbuih dari lelangit Dewan Sultan Iskandar sebagai tanda majlis telah berakhir. Namun, detik kegembiraan ini tidak berakhir setakat itu sahaja, para ibu bapa, graduan dan tetamu akan dijamu dengan sajian Menu Johor.
Di akhir perbualan, PM Mohd Zahid merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Warisan Johor dan Pejabat Kesenian Kebudayaan Negeri Johor serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk majlis Konvokesyen ke42 atas kerjasama yang mereka hulurkan.
|
|
 |
| » Waktu Solat |
|
9 Februari 2012M /
|
|
16 Rabiul Awal 1433H
|
|
Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing |
| Subuh |
Zuhur |
Asar |
Maghrib |
Isyak |
| 05:58 |
13:21 |
16:41 |
19:22 |
20:33 |
|
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam
|
| Subuh |
Zuhur |
Asar |
Maghrib |
Isyak |
| 06:08 |
13:29 |
16:49 |
19:28 |
20:39 |
|
|
|
|
|
 |
Tarikh akhir kemaskini Info Konvo : Isnin 26-10-2009 07:35:50