Editore

Bil. 1 April 2008 www.penerbit.utm.my ISSN 1823–4437
Prof. Madya Dr. Satapah Kembali Terajui Penerbit UTM Press
Tanggal 5 Mei Penerbit UTM Press menerima kehadiran Pengarah baru Prof. Madya Dr. Satapah Ahmad bagi menggantikan Prof. Dr. Ahmad Zaki Ahmad yang tamat tempoh pada 23 April 2008. Bagi meraikan Prof. Madya Dr. Satapah Ahmad yang dilantik semula sebagai Pengarah Penerbit UTM Press dan merakamkan terima kasih kepada Prof. Dr. Ahmad Zaki, Majlis Perpisahan dan Penyerahan Tugas telah diadakan pada 8 Mei 2008 (Khamis). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan antaranya Prof. Dr. Mohamad Nazri Mohamad Jaafar, Pengerusi Panel Buku, Prof. Madya Yahaya Ramli, Ahli Jawatankuasa Panel Buku Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Madya Issham Ismail, Encik Mohd. Zubil Bahak, dan Ustaz Fakhrul Latfi Simahbud. Turut hadir sama Encik Khalid Mazlan dan seluruh warga Penerbit UTM Press.
Prof. Madya Dr. Satapah Kembali Terajui Penerbit UTM Press

Prof. Dr. Ahmad Zaki dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Satapah atas pelantikan sebagai Pengarah dan beliau penuh berkeyakinan kepimpinan Prof. Madya Dr. Satapah bagi meneruskan kejayaan Penerbit UTM Press. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh warga Penerbit UTM Press sepanjang beliau menerajui Penerbit UTM Press. Prof. Madya Dr. Satapah pula dalam ucapan balasnya berharap beliau diberikan kekuatan dan keyakinan untuk meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini. Beliau juga berharap supaya Prof. Dr. Ahmad Zaki dapat terus membantu Penerbit UTM Press pada masa hadapan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.

Persidangan Antarabangsa Industri Buku (ICoBI) Warnai PBKL 2008
Persidangan ini mengetengahkan seramai sembilan pembentang dari luar negara, iaitu United Kingdom (1 orang), Amerika Syarikat (1 orang), India (1 orang), Singapura (2 orang), Indonesia (2 orang), Filipina (1 orang), dan Brunei (1 orang). Manakala jumlah pembentang dari dalam negara seramai 13 orang. Sebanyak 24 kertas kerja dibentangkan, terdiri daripada satu kertas kerja dasar, 13 kertas jemputan dan 10 kertas kerja biasa. Pembentangan kertas kerja dijalankan menerusi sesi pembentangan, pembentangan selari dan forum.

Persidangan ini dilihat berjaya mencapai objektif sebagai medan untuk bertukar dan berkongsi idea, pengalaman dan hasil penyelidikan serta kegiatan tentang penerbitan dan perkembangan industri buku dalam konteks global; mempercepatkan pembangunan industri penerbitan buku negara dalam rangka memperkasa modal insan; mengenal pasti mekanisme baru bagi menyemarakkan iklim penerbitan dalam semua bidang dan segmen penerbitan genre negara dan global; memanjangkan dan mengenal pasti keperluan prasarana penerbitan pada masa depan dengan arus perubahan global dan kepesatan teknologi. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) berganding bahu menjayakan Persidangan Antarabangsa Industri Buku (ICoBI) yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 April 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Penerbit UTM Press sekali lagi diberi kepercayaan menjadi Urus Setia Persidangan. Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar dilantik sebagai Pengarah Persidangan dan En. Khalid Mazlan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Induk Persidangan. Sebelumnya pada tahun 2007 Penerbit UTM Press menjadi Urus Setia dan tuan rumah bagi Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah yang diadakan di Johor Bahru.

Mengguna pakai tema Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, Buku Memperkaya Minda, persidangan ini telah berjaya menarik seramai 342 penyertaan yang terdiri daripada penggiat industri buku, pencetak, penerbit, pengedar, pembekal, pengatur huruf, para penulis, editor, para ilmuan, ahli dan pencinta bahasa, pendidik, pustakawan, penyelidik, pelajar pascaijazah dan penggubal polisi dari seluruh negeri dan dari seluruh dunia.


<< 1 2 3 4 5 6 7 8 >>
» Aktiviti Penerbit

Anugerah Buku Negara 2012

» Waktu Solat
9 Februari 2012M /
16 Rabiul Awal 1433H
Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing
Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
05:58 13:21 16:41 19:22 20:33
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam
Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
06:08 13:29 16:49 19:28 20:39
Sumber: Al-Azim.com


Tarikh akhir kemaskini Editore :